Penyampai
radio Suria FM, Linda Onn menolak dakwaan mengenakan bayaran tinggi
sehingga menyebabkan segala tawaran untuknya bergelar pengacara
televisyen tidak diberikan.Linda berkata, dia tidak pernah meletakkan
harga melampaui batas kepada mana-mana pihak yang mahukan khidmatnya
malah sentiasa terbuka untuk berunding jika melibatkan soal
bayaran.
”Soal bayaran tidak pernah menjadi isu kepada saya kerana
perkara itu boleh dibawa berbincang terlebih dahulu dan rasanya saya
tidak pernah meletakkan caj yang melampau untuk mana-mana pihak
mendapatkan khidmat saya.
“Siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka tahulah mengenai perkara ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini pada Selasa.
Tambah
Linda, sepanjang 15 tahun berada dalam industri hiburan tempatan, kadar
bayaran dirinya tidak pernah berubah dan terkilan jika isu itu menjadi
punca dia tidak lagi menjadi pilihan mana-mana pihak yang memerlukan
khidmatnya.
Dalam pada
itu, Linda turut menolak tanggapan kesibukan dirinya sebagai penyampai
radio dan perniagaan melibatkan restoran yang dimilikinya menjadi
penyumbang kepada situasi tersebut.
Menurut Linda, sebagai seorang yang telah lama berada di dalam industri hiburan, pengurusan masa tidak pernah menjadi masalah buatnya.
Menurut Linda, sebagai seorang yang telah lama berada di dalam industri hiburan, pengurusan masa tidak pernah menjadi masalah buatnya.
“Saya
tidaklah sesibuk mana kerana kehidupan saya sekarang lebih kepada kerja
di studio selain menguruskan perniagaan. Insya-Allah isu pengurusan
masa ini tidak pernah menjadi masalah kepada saya,” katanya.
Bagaimanapun
Linda mengakui dia agak lama tidak muncul sebagai pengacara televisyen
dan sudah tidak lagi menerima tawaran seperti mana sebelum ini.
Tidak
menafikan agak rindu untuk kembali mengacarakan program televisyen
namun menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya buat masa ini.
“Minat
saya memang kepada penyampaian radio dan pengacaraan program televisyen
dan apabila kurang mendapat tawaran sudah tentu saya berasa rindu. Apa
nak buat… belum rezeki saya.
“Kalau ada
tawaran saya teringin nak buat program berbentuk bual bicara seperti
Ellen DeGeneres atau pun Oprah Winfrey Show,” katanya.
Sementara itu, Linda memberitahu, lebihan masa pada yang ada pada dirinya ketika ini membolehkan dia memberi tumpuan kepada keluarga selain melakukan perkara yang diminatinya seperti menunggang motosikal berkuasa besar serta bersukan.
Sementara itu, Linda memberitahu, lebihan masa pada yang ada pada dirinya ketika ini membolehkan dia memberi tumpuan kepada keluarga selain melakukan perkara yang diminatinya seperti menunggang motosikal berkuasa besar serta bersukan.
“Sekarang
ini masa lapang saya banyak dihabiskan dengan bermain badminton dan
menunggang motosikal selain dapat menumpukan perkara-perkara lain yang
mungkin sebelum ini tidak pernah menjadi perhatian saya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan