Tidak
mampu membayar hutang sewa beli kenderaan merupakan punca utama
kebankrapan rakyat Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ia
mencatatkan sebanyak 29,338 kes (25 peratus) daripada 116,379 kes yang
direkodkan sejak 2005 hingga April lalu.Punca kedua tertinggi ialah
ketikdakmampuan membayar pinjaman peribadi melibatkan 15,299 kes (13
peratus), ia diikuti dengan pinjaman perumahan 14,327 kes (12 peratus),
pinjaman perniagaan 13,107 kes (11 peratus) dan pinjaman korporat
6,127 kes (lima peratus). Beliau berkata demikian sebagai menjawab
soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang bertanyakan punca
kebankrapan, pecahan mengikut umur dan bilangan kebankrapan.
Bagi
pecahan mengikut umur pula, Nazri berkata, umur 35 hingga 45 tahun
mencatatkan jumlah paling ramai, sebanyak 37,493 kes (32 peratus).
“Umur 45 hingga 54 tahun sebanyak 30,910 (27 peratus), umur 25 hingga
34 tahun sebanyak 21,353 (18 peratus), umur 55 tahun ke atas sebanyak
14,379 (12 peratus), umur 25 tahun ke bawah 1,617 (satu peratus),
manakala sebanyak 10,627 kes (sembilan peratus) tiada maklumat,”
katanya. Selain itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang
mempertimbang cadangan mengurangkan tempoh pelepasan kebankrapan melalui
pembaharuan undang-undang insolvensi.
“Selaras
dengan trend insolvensi secara global pada masa ini bercorak lebih
memudahkan dan kos efektif, kaedah dan konsep pelepasan secara
automatik setelah tamat sesuatu tempoh tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu seperti diamalkan di negara lain juga sedang dikaji
kesesuaiannya untuk digunakan di Malaysia,” katanya.
Dalam pada
itu, Mohamed Nazri turut menasihatkan setiap peminjam terutama hutang
sosial dan pendidikan agar bertanggungjawab atas pinjaman masing-masing
supaya tidak membebankan penjamin sehingga diisytiharkan bankrap.
“Sikap bertanggungjawab itu mesti diletakkan kepada anak-anak
muda yang telah bersetuju untuk terima pinjaman ini dan jalankan
pendidikan mereka.
“Sepatutnyalah
mereka yang dapat pinjaman ini bertanggungjawab ke atas pinjaman yang
diterima. Kalau tak bayar, yang dibankrap adalah ibu bapa atau
saudara-mara terdekat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan