Jumaat, 18 Mei 2012

Satu lagi kes penipuan dalam daftar pemilih - V Sivakumar

V Sivakumar


Kami sedang membuat operasi ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh untuk megesan pengundi hantu yang mungkin wujud. Dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata.

Seorang warganegara Malaysia yang bernama Puan Tamil Malar yang memiliki kad pengenalan 750516-08-5360 telah hilang kelayakan untuk mengundi dalam pilihanraya. Ini adalah kerana nombor kad pengenalan beliau telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendaftarkan atas nama orang lain di Melaka.

Saya tidak faham bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku kerana semakan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebelum seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi.

Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak. Tetapi pendaftaran undi mengikut nombor kad pengenalan beliau adalah di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka .

Nama yang didaftarkan apabila disemak dengan nombor kad pengenalan Puan Tamil Malar ialah ‘Mansor Bin Jali’.

Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih. Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera.

Disertakan dengan salinan kad pengenalan Puan Tamil Malar & semakan pemilih yang telah disahkan.


V Sivakumar ialah ADUN Tronoh

Tiada ulasan: