Beberapa orang Menteri Besar dan Ketua Menteri BN berada dalam bahaya digugurkan oleh Najib dan Rosmah selepas PRU 13 ini.
Antara Menteri Besar yang kemungkinan besar akan digantikan ialah Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said; Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan; Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Osman; Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam; Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Adnan Yaakub. Cuma Taib Mahmud sahaja yang masih berdegil tidak sedar diri tidak mahu berhenti dari jawatannya.
Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu dilihat sebagai Menteri Besar paling senyap tidak banyak publisiti yang beliau perolehi di samping beliau dilihat tidak mempunyai skandal dan salah laku. Cuma Md Isa dilihat gagal membawa perubahan kepada Perlis.
Lain-lain Menteri Besar dan Ketua Menteri semuanya mempunyai masalah samada yang jelas kelihatan atau tersembunyi.
Mendahului senarai yang mempunyai masalah ialah Ali Rustam yang dibuktikan terlibat dengan rasuah di samping melunggunkan hutang kerajaan negeri Melaka sehingga mencecah lebih dari RM850juta dengan projek-projek gajah putih seperti Eye On Malaysia, Kincir Air, Lapangan Terbang Bt Berendam dan lain-lain. Sikap Ali Rustam yang kebudak-budak dan tidak professional juga menjadi buah mulut rakyat Melaka yang mula berubah. Tindakan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat merupakan sikap jahiliyah moden yang sudah lapuk dan tidak dilakukan oleh pengamal politik moden hari ini. Ali yang mula menjadi Ketua Menteri sejak dipilih oleh Mahathir pada 1999, kelihatan masih tidak berubah dari segi corak pentadbirannya. Kronisme menjadi amalan yang tidak dapat disembunyikan lagi di Melaka samada dalam parti Umno atau pentadbiran kerajaan negeri.
Mohamad Hassan juga dilihat gagal membawa sebarang perubahan kepada Negeri Sembilan walaupun beliau merupakan tokoh korporat sebelum ini. Malah dirinya diselubungi dengan skandal wang yang di bawa keluar negeri. Mohamad juga gagal mengekang kemaraan Pakatan Rakyat sehingga pada PRU 12 BN hanya menang dengan majoriti 4 kerusi di Negeri Sembilan. Setelah 2 penggal menerajui Negeri Sembilan, sudah sampai masanya beliau berundur jika tidak mahu negeri tersebut dirampas oleh PR.
Di Terengganu Ahmad Said masih segar dengan perangani samsengnya. Malah turut gagal membawa pembaharuan meyakinkan hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Derih Jusoh. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh PAS di Terengganu gagal dijawab dan diselesaikan oleh Kerajaan negeri Terengganu. Tidak syak lagi Terengganu berada dalam bahaya jika Ahmad terus diberi peluang untuk menunjukkan 'gedebe'nya di Terengganu. Ahmad juga gagal membawa Terengganu keluar dari status negeri miskin di Malaysia malah jauh lebih teruk dari negeri jirannya Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Manakala di Sabah, Musa Aman gagal menjawab segala dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan beliau dengan skandal projek dan sebagainya. Beliau juga dituduh sebagai seorang Ketua Menteri yang kaya raya tidak setimpal dengan elaun dan gaji yang beliau perolehi. Musa juga dilihat gagal untuk membawa perubahan drastik di Sabah sehingga masih ramai rakyat miskin dan tidak mempunyai rumah. Malah Sabah terus menjadi antara negeri paling miskin di Malaysia.
Menteri Besar, Adnan Yaakub juga sudah lama diberikan jawatan berprestij tersebut tetapi beliau gagal melakukan sesuatu bagi membangunkan Pahang. Imej samseng beliau juga tidak disenangi oleh ramai pihak. Adnan menghadapi tugas berat dengan isu balak, isu Lynas dan isu pembangunan. PR Pahang di lihat berada dalam landasan tepat untuk membuat kejutan pada kali ini. Adnan mula menduduki kerusi empuk Menteri Besar sejak 1999 menggantikan Tun Khalil Yaakub.
Kegagalan Ghani Othman untuk memastikan tanah orang Melayu terpelihara; kedudukan ekonomi orang Melayu di samping kesungguhan PR untuk menawan Johor menjadi faktor Ghani akan digugurkan kal ini. Rakyat melihat satu demi satu tanah orang Melayu terlepas ke bangsa lain khususnya orang asing dari Singapura. Tanah Rezab Melayu semakin berkurangan dengan ketara gagal diganti. Bekas Pensyarah Ekonomi ini juga menghadapi tugas berat untuk mempertahankan Johor jika diberi peluang untuk menjadi kapten sekali lagi kerana, Johor mempunyai kedudukan kerusi campuran yang sangat banyak Cuma Parlimen Mersing, Kota Tinggi dan satu dua lagi sahaja yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. Selebihnya semua kerusi campuran yang jika dilihat dari sifir politik sekarang BN berada di ambang bahaya.
Tidak syak lagi kali ini Najib terpaksa menukar 'kapten'nya di semua negeri bagi memastikan kesinambungan Umno/BN berterusan selepas PRU 13. Siapa yang akan menjadi pengganti kepada kuda-kuda tua sama-sama kita lihat. Najib sudah pasti akan membuat kejutan kali ini sebagaimana Dr Mahathir membuat kejutan dengan memilih Khir Toyo, seorang Doktor gigi yang mencabut sejuta gigi menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRU 1999. Najib sudah pun mempunyai nama-nama di kepalanya dan Rosmah sudah tentu ada calonnya sendiri. Ramai yang mula pasang badan dan mengaku diri mereka adalah bakal Menteri Besar dan Ketua Menteri. Tetapi sedarkah mereka bahawa calon-calon Menteri Besar dan Ketua Menteri bukan sahaja datang dari BN tetapi peluang lebih cerah ianya datang dari Pakatan Rakyat
13 ulasan:
najib mgkin akan melakukan byk perubahan dan ramai menteri besar dan ketua Menteri akan ditukar. ini akan memberi peluang kepada Muka2 baru.
Musa Aman sebagai Ketua menteri Sabah mempunyai prestasi amat baik dgn kemenangan besar BN semasa PRU 12. berkaitan skandal mengenainya. ia belum lagi terbukti benar. Musa Aman sememangnya kaya raya sebelum masuk politik lagi. dia adalah ahli perniagaan.
KM/MB yang sudah berusia memang perlu direhatkan dari tugas mereka. contohnya seperti KM Sarawak, Taib Mahmud.
Semuanya bergantung pada rakyat PRU nanti. mungkin muka2 baru membawa banyak harapan2 baru untuk rakyat.
Pastikan mereka yang dicalon mampu memikul tanggungjawab dan amanah
struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates
Harap Pm akan menurunkan barisan pemimpin yang berjiwa rakyat dan mampu membawa perubahan.
Mungkin dengan adanya muka2 baru, perubahan akan lebih banyak.
I trust that Najib and ROsmah will chose the best candidate for the position.
Its about time for the old ones to be replaced by new competent ones.
Bagaimana pula dengan Kelantan pula??Kes kesihatan yang kurang baik adalah tertinggi di Kawasan tersebut jangkitan HIV/AIDS adalah milik Kelantan. Apa yang PAS lakukan disana sehingga kes ini meningkat.
kalau setakat 'kemungkinan' baik jangan dijadikan isu.. kalau nak sangat isu, turun padang dan selesikan masalah rakyat..
bila masa pula Rosmah ada kuasa menggugurkan MB dan KM?? beginilah agaknya isi kandung media2 pembangkang.. penuh dengan pembohongan..
Catat Ulasan