Skuad BO
KUALA TERENGGANU
– Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Dewan Rakyat (parlimen) akan
mengadakan sidang pada 11hb hingga 23hb Jun yang akan datang.
Oleh itu, selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu beliau
berpendapat, pilihanraya umum (PRU) kali ke-13 akan diadakan selepas
bulan sidang tersebut pada bulan Julai yang akan datang.
Beliau
yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata satu mesyuarat akan
diadakan pada Ahad 13hb di Pejabat Agong PAS Pusat, yang besar
kemungkinan akan mennagguhkan Muktamar tahun PAS Pusat.
“Saya
ucap terima kasih banyak-banyak kerana memberikan peluang kepada saya
(merasmikan Muktamar Muslimat), saya harap Muktamar Tahunan Muslimat
(negeri Terengganu) akan bincang (tentang pilihanraya) kerana mungkin
ini Muktamar yang terakhir,
“lusa ada mesyuarat PAS Pusat besar kemungkinan Muktamar (Tahunan PAS Pusat) akan ditangguhkan,”ujarnya.
[Gambar
- Ketua dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh memberi
ucapan pada Muktamar Muslimat Kali Ke-39 di Markaz Tarbiah PAS Kuala
Terengganu Kuala Ibai]
Haji Wahid berkata demikian ketika
merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Kali
Ke-39 yang diadakan di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu di Kuala Ibai
hari ini, Jumaat 11 Mei.
Sebelum itu beliau menegaskan, tiga
sasaran utama kumpulan pengundi yang mempunyai kecenderungan menyokong
PAS dan Pakatan Rakyat.
Justeru beliau menggesa Muslimat
memainkan perananan mendekati golongan sasar tersebut bagi memastikan
PAS menang dlam pilihanraya tersebut.
“Pengundi atas pagar adalah
sasaran kita, pengundi muda adalah sasaran kita dan pengundi Cina
adalah sasaran kita, saya harap muslimat dapat mendedakati
sasaran-sasran ini,”tambahnya.
Menurutnya, pelbagai pendekatan
boleh diambil bagi menawan hati pengundi antaranya adalah menghantar
tanda ingatan seperti kad ucapan hari lahir dan lain-lain yang memberi
kesan perasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan