Seorang
pemuda mendakwa retak di kepala akibat dipukul polis sewaktu himpunan
BERSIH 28 April lalu - antara insiden paling serius diketahui setakat
ini.
Mohd Najib Rahimi, 27, mendakwa dipukul kira-kira 30 anggota
polis selepas ditangkap dan diseret polis dari kawasan Masjid Jamek ke
Dataran Merdeka.
Menurutnya, beliau dipukul selepas cuba menghalang polis yang mahu merempuh peserta BERSIH yang berlindung di Masjid Jamek.
Beliau
juga kesal dengan tindakan polis yang didakwa bertindak seolah-olah
beliau melawan sewaktu ditangkap untuk membolehkan polis lain
menyerangnya bertalu-talu.
"Dia tarik dan koyakkan leher baju saya dan menggoyang-goyangkan badan saya seolah-olah saya melawan.
"Sepanjang
perjalanan (dari Masjid Jamek ke Dataran) saya ditumbuk, ditendang dan
saya hanya mampu beristighfar sahaja," katanya.
Mohd Saufi
Othman, 26 tahun, seorang pelajar politeknik pula mendakwa dihentak
dengan gari dan bucu pistol pada bahagian tulang rusuknya.
"Sehingga
kini setiap kali saya menarik nafas, saya terasa sakit di bahagian
dada," katanya yang menyertai himpunan BERSIH bersama keluarganya.
Seorang
agen insurans, Daniel Lee, 39 tahun mendakwa menerima lima jahitan di
belakang telinganya selepas dipukul polis sewaktu menunggu tren
berhampiran Masjid Jamek untuk pulang ke rumah
"Polis naik ke
atas platform dan menarik dan membelasah saya sepanjang perjalanan dari
stesen itu sehingga ke Dataran Merdeka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan