Ahad, 20 Mei 2012

Orang Melayu masih takut pada DAP?

KL TODAY

 


Orang Melayu masih takut dengan agenda DAP yang tidak menghormati orang Melayu sebagai tuan negara ini, kata Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar dari Universiti Malaya

.“DAP memperjuangkan sosialime iaitu sama rata untuk semua kaum…maknanya tidak ada lagi keistimewaan orang Melayu di negara ini.

“Sedangkan negeri (negara) ini ada orang Melayu, ada Raja-raja Melayu.

“Orang Melayu melihat DAP sebagai pembela orang Cina, Mereka anggap DAP sebagai chauvinis orang Cina,” katanya yang juga Ketua Jabatan Media UM.

Menurut Dr Abdul Latiff lagi, walaupun DAP mula membuka pintu untuk menarik orang Melayu tetapi tidak ada yang berminat.

DAP, tambahnya, mahu mengambil kesempatan daripada hasrat PAS yang sanggup bekerja sama dengan parti untuk menubuh kerajaan baru.

“Orang Melayu generasi lama masih ingat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 69. Selepas DAP menang pilihan raya umum, DAP berarak untuk menubuhkan kerajaan negeri di Selangor.

“DAP begitu riak dan sombong mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang Melayu. Antaranya ialah menyuruh orang Melayu balik kampung.

“Sikap riak dan sombong itu yang menimbulkan ketegangan kaum. Mereka masih ingat peristiwa 13 Mei,” kata Dr Abdul Latiff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mengapa orang Melayu tidak berminat menyertai DAP.

Malah bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim mengambil keputusan meninggalkan parti itu minggu lalu selepas tiga tahun menyertainya.

Sebelum ini bekas pemimpin kesatuan sekerja Datuk Zainal Rampak walaupun pernah bertanding atas tiker DAP dalam pilihan raya juga keluar parti.

Tiada ulasan: