Ahad, 27 Mei 2012

Malaysia belum mampu beri pendidikan percuma IPT

SINAR HARIAN

Malaysia belum mampu beri pendidikan percuma IPT
 
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
 
PUTRAJAYA - Malaysia belum mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti Finland dan Denmark untuk mampu memberi pendidikan percuma sehingga ke tahap pengajian tinggi, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pendapatan per kapita penduduk, negara ini berada di sekitar RM25,000, berbanding Finland RM138,000 dan Denmark RM176,000.
  
"Pendapatan tinggi negara berkenaan itu secara tidak langsung membolehkan yuran pengajian peringkat tinggi dihapuskan melalui pembiayaan cukai yang dikenakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1 Belia 1 Kemahiran dan Rakan 4Biz sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.
      
Mohamed Khaled berkata, jumlah pelajar pengajian tinggi di Finland adalah sekitar 169,000 orang dan Denmark 241,000 berbanding 1.1 juta pelajar di negara ini.
  
Pembayaran kadar cukai juga tinggi di Finaland iaitu antara 6.5 peratus dan 30 peratus, Denmark pula pada kadar 36.57 peratus dan 55.4 peratus manakala Malaysia pula sehingga 26 peratus sahaja, katanya. - Bernama

Tiada ulasan: