KEADIALN DAILY
KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak perdana menteri memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas keganasan yang dilakukan polis pada himpunan Bersih, 28 April lalu.Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn perlu bertanggungjawab atas keganasan polis terhadap peserta himpunan itu.
“Tindakan polis seolah-olah samseng yang berlesen. Ramai wartawan media juga dipukul dan ditembak semasa menjalankan tugas mereka.
“Terdapat kamera dan memori kad yang merekodkan keganasan polis yang dimiliki oleh wartawan juga dirampas oleh polis. Tindakan polis tersebut dilihat cubaan untuk memusnahkan bukti keganasan polis serta menghalang kebenaran ditegakkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.
AMK turut menyeru supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengamalkan sindrom penafian terhadap tuntutan Bersih, serta berhenti menuduh Gabungan itu sebagai alat kepada parti pembangkang.
“Pimpinan tinggi SPR perlu akur kepada kuasa rakyat dan meletakkan jawatan segera bagi membolehkan reformasi sistem pilihanraya dapat dilaksanakan dengan segera,” tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan