MSTAR ONLINE
Polis pada Isnin menyiarkan sejumlah 25 keping
gambar individu yang disyaki terlibat dalam
perhimpunan hingga menimbulkan huru hara di ibu
negara 28 April lalu, untuk membantu siasatan
berhubung kejadian itu.- Foto BERNAMA
gambar individu yang disyaki terlibat dalam
perhimpunan hingga menimbulkan huru hara di ibu
negara 28 April lalu, untuk membantu siasatan
berhubung kejadian itu.- Foto BERNAMA
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga orang telah disiasat selepas 91 keping gambar individu disiarkan sebelum ini, dan mereka telah dibebaskan sebaik saja siasatan selesai.
"Polis telah menerima maklumat menggalakkan daripada orang ramai dan maklumat berkenaan dianalisis untuk tujuan pengesahan sebelum tangkapan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berhubung individu itu kepada polis atau berhubung terus kepada ASP Azmi Aziz melalui e-mel azmiaziz@pdrm.gov.my. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan