MALAYSIA KINI
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir
Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.
"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Ipoh hari ini.
Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti.
Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.
Dalam pilihan raya umum 2008, calon MIC Dr S Vasan tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan majoriti 4,474 undi.
Mengulas perkara berbeza, Zambry berkata BN Perak telah mula mengenalpasti calon berpotensi bagi pilihan raya umum ke-13 dan proses itu akan dilakukan secara berterusan.
"Kami telah mengenalpasti sebahagiannya dan akan meneruskan proses untuk yang selebihnya. Kita juga telah menggerakkan calon berpotensi di akar umbi. Saya rasa penduduk kawasan terbabit telah merasai kehadiran mereka ini," katanya.
Mengenai isu anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bertindak menurunkan bendera dengan gambar perdana menteri kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini, Zambry berkata pergerakan itu perlu minta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau juga menyifatkan perbuatan tersebut tidak beradab dan bertentangan dengan prinsip kenegaraan.
"Walaupun saya berpendirian kebebasan bersuara mahasiswa tidak boleh disekat, namun saya percaya ia perlu dilakukan dalam lingkungan adab.
"Kalau dia jadi mahasiswa konstruktif yang berpegang kepada nilai-nilai budaya dan semangat mahasiswa yang sentiasa ada adab, maka dia perlu mohon maaf," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan