Tumpuan diberikan kepada dua tol ini memandangkan ianya berada di kawasan Shah Alam dan setiap hari pengguna lebuhraya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer terutamanya di waktu puncak.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata perjanjian konsesi tol wajar ditamatkan memandangkan pihak konsesi sudah memperolehi keuntungan berlipat ganda berdasarkan perkiraan tempoh perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.
"Kita mendesak Kerajaan Barisan Nasional untuk menamatkannya secepat mugkin kerana amat jelas 'que' menunggu untuk membuat pembayaran hampir satu kilometer panjang. Dahulu ianya dilakukan atas alasan untuk melancarkan lalu lintas dan sekarang kita nampak bahawa tol adalah punca utama kepada kesesakan lalu lintas berlaku," katanya.
Sementara itu, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail mengingatkan kerajaan persekutuan supaya tidak sama sekali melanjutkan perjanjian konsesi setelah ianya tamat sepenuhnya dalam tempoh terdekat.
Katanya, bebanan kepada rakyat khususnya penduduk sekitar yang menggunakan kemudahan ini dapat dikurangkan hasil daripada pemansuhan tol ini.
"Kalau kita lihat masalah pengguna yang melalui perjalanan ini, satu perjalanan sehala memakan belanja RM2.10 dan ianya memang wajar kerana pihak konsesi telah mengambil kira segala kemungkinan dalam tempoh mereka
"Saya gesa di sini bukan sahaja tutup bahakan kerajaan persekutuan jangan sama sekali berhajat untuk menyambungkan. Sepatutnya konsesi ini tamat, maka ianya tamat.
Berhubung isu pemberhentian kakitangan yang bakal ditimbulkan kelak, Khalid menegaskan sepatutnya pihak konsesi sudah menyediakan pelan perancangan untuk kakitangan.
"Bila ditamatkan memang akan timbul perkara kakitangan ditamatkan. Perkara itu sepatutnya difikirkan kerana ianya satu perkara yang mereka sudah fikirkan memandangkan benda ini (perjanjian konsesi) tidak akan berterusan sehingga Hari Kiamat. Mesti ada pakej perancangan untuk kakitangan dan dia (konsesi) mesti latih kakitangan sebagai persediaan mereka untuk berhenti.
"Mereka kena melaburkan semula (reinvest) duit keuntungan mereka dalam bentuk persaraan, pampasan atau sebagainya dan jangan jadikan itu satu alasan memandangkan mereka sudah maklum lebih awal konsesi ini akan tamat," katanya.
Beliau menambah, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi menggerakkan kempen untuk menuntut tol ini ditamatkan secepat mungkin.
Khalid turut mengulangi langkah mudah untuk rakyat menikmati perjalanan tanpa tol adalah dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan