Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal.
Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu.Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing.
Sejauh manakah setianya si timbalan?
Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti.
Anehnya, pada masa itu, Muhyiddin tiada kuasa langsung, umpama ahli biasa UMNO kerana dia tidak disokong oleh peringkat tertinggi dan pemimpin UMNO yang lain. Tiada juga wakil dari tempat asalnya, Johor. Pada masa itu, dia keseorangan dan terpaksa mula mengumpul penyokong dan juga pengikutnya sendiri.
Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian.
Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti.
Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya?
Perpecahan
Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu.
Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir.
Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun.
Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur.
Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13.
Pencacai-pencacai Najib
Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani.
Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib.
PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin.
Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan.
Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi.
Tanda lebih jelas
Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir.
Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap.
Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini.
Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit.
Malaysia Chronicle akan membawakan bahagian 2: Pertelingkahan dalam Umno- persengketaan peringkat bahagian.Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan