Gereja di Malaysia sedang berada dalam kebimbangan. Mereka dijadikan sasaran oleh kerajaan pimpinan perdana menteri Najib Razak dengan tuduhan ingin menggantikan Najib dengan seorang perdana menteri Kristian di negara yang majoriti penganutnya adalah Islam.
Sekarang, salah satu hak orang Kristian sedang dicabar. Ada perdebatan hangat tentang sama ada menyanyikan karol memerlukan permit dan sememangnya perkara ini telah ditimbulkan oleh ahli politik yang tamak dan tidak bertanggungjawab.
Malaysia sudah menjadi sebuah Negara yang seba serbi dalam ketakutan. UMNO yang memerintah bersama parti komponen BN yang lain menggunakan prejudis agama untuk meraih undi. Mereka sangat khusyuk dalam permainan ini demi untuk masih mencengkam kuasa tanpa mengira apa jua cara sehinggakan Malaysia sudah menjadi negara komunis.
Hisham yang tidak tahu menahu
Seperti biasa, menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib, sememangnya tidak tahu langsung mengenai perkara ini. Ini adalah kali kedua menteri dalam negeri mengumumkan dia tidak tahu apa yang berlaku dalam Malaysia. Kali pertama apabila abangnya sendiri terlibat dalam skandal wang kertas yang melibatkan kompeni dari Australia.
Hishamuddin telah menegaskan bahawa dia tidak tahu tentang penglibatan abangnya dalam bisnes itu. Ini agak aneh sebab ia adalah sesuatu yang melibatkan keselamatan Negara, pencetakan wang kertas Malaysia! Ia adalah sesuatu yang agak pelik dinyatakan oleh menteri dalam negeri yang mempunyai hubungan terus dengan perisikan Negara.
Terbaru, dia kabur tentang polis yang mahukan permit untuk mengadakan nyanyian karol untuk krismas dan sememangnya ini adalah sesuatu yang luar biasa.
Keperluan lain untuk tahun ini.
Sebenarnya, memohon permit dari polis sudah dipraktikkan sejak 30 tahun yang lalu. Hanya pada tahun ini keperluan lain dinyatakan dan pihak gereja perlu membuatnya supaya kebenaran untuk menyanyikan karol dibenarkan.
Polis di Johor meminta agar permit dipohon 2 minggu sebelum mereka pergi dari rumah ke rumah untuk menyanyi. Timbalan ketua komisioner polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dipetik berkata pihak penganjur mesti memberitahu polis mngenai beberapa perkara termasuk berapa orang yang akan terlibat, tempat yang akan diziarahi dan waktunya. Umum mengetahui bahawa pihak polis sedang menyoal beberapa orang Kristian tentang butiran lebih pada tahun ini termasuk nama penuh dan alamat tuan rumah yang bakal dikunjungi untuk karol nanti.
Walaupun jelas bahawa polis sedang menyusahkan pihak gereja, para menteri BN tidak mahu mengakui kenyataan ini. Kebanyakkan menteri menyatakan sesuatu yang berbeza setiap masa. “Tiada permit diperlukan untuk nyanyian karol. Tidak perlu juga untuk memberitahu pihak polis,” kata timbalan menteri dalam negeri Lee Chee Leong. Kenyataan Lee sama seperti kenyataan Hisham didalam Twitter yang menegaskan tiada permit diperlukan untuk orang kristian yang menganjurkan nyanyian krismas karol dari rumah ke rumah.
Namun, menteri penerangan Rais Yatim juga telah menyentuh isu ini dengan sikap yag biadap sekali iaitu “rakyat Malaysia tidak patut memperlekehkan kerajaan hanya kerana perdana menteri telah bersikap liberal bagi beberapa aspek kehidupan kita. Polis masih mempunyai kuasa.” Rais merujuk kepada protes menentang pentadbiran Najib yang melarang perhimpunan aman oleh rakyat.
Kekeliruan yang disengajakan
Ada kecelaruan yang jelas diantara para menteri dan pihak polis. Siapakah yang sebenarnya berkuasa? Sepatutnya ini adalah bidang kuasa menteri dalam negeri sebab dialah yang bertanggungjawab terhadap mereka. Namun, polis di Johor dan Klang bertindak bertentangan dengan arahannya. Beberapa telah persoalan timbul disini.
Pertama sekali, adakah nyanyian karol satu ancaman kepada keselamatan negara? Cara pihak polis meminta maklumat seolah-olah menyimpulkan, bahawa di mata polis; ia adalah satu ancaman yang wajib dipantau. Para penyanyi ini seolah-olah diberi status yang sama seperti penjenayah atau pengedar dadah.
Ia seolah-olah bahawa pihak polis kini mempunyai kuasa untuk memutuskan siapa yang layak dan berhak menerima dan mendengar lagu-lagu Krismas yang dinyanyikan oleh mereka. Aneh sungguh. Adakah mereka cuba untuk melindungi kedudukan agama Islam, menyalahkan Kristian, untuk memuaskan sayap kanan islamik dalam UMNO atau gabungan ketiga-tiganya sekali?
Kedua, apakah keperluan secara tiba-tiba untuk menumpukan perhatian pada orang Kristian dan aktiviti-aktiviti mereka amat membimbangkan. Mengapa perlu untuk memantau aktiviti-aktiviti ini? Adakah bijak untuk mensia-siakan wang rakyat untuk aktiviti-aktiviti yang remeh seperti mengugut penyanyi karol atau adakan saja unit khas untuk memantau para penyanyi krismas karol?
Polis, sayap UMNO?
Sesungguhnya, tindakan keterlaluan polis membuktikan kebenaran yang lebih mendalam, jika kembali kepada Rang Undang-undang Perhimpunan 2011 yang diluluskan baru-baru ini, yang memberikan polis hak memutuskan apa saja ke atas rakyat.
Mereka kini mempunyai rang undang-undang untuk menganiaya orang yang sedang berhimpun, ketua-ketua polis boleh menggunakan kuasa mereka dengan cara yang mereka fikir terbaik untuk membantu ketua politik. Lagipun,penyanyi karol adalah "gerakan rakyat" dan juga boleh berbanding dengan demonstrasi jalanan jika ditafsirkan secara halus dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Dan apabila dianiaya, penganjur yang akan menghadapi padahnya dan dalam kes kumpulan penyanyi karol, ia adalah pihak gereja.
Dan ini ialah bagaimana pihak polis boleh menjalankan kehendak tuan-tuan politik mereka dengan memulakan tindakan tetapi harus pandai memutar belitkan fakta sekiranya terkena batang hidung sendiri. Dan apa yang pihak polis cuba untuk 'buktikan' kepada masyarakat sasaran iaitu Melayu dan Islam adalah bahawa UMNO-BN akan mempertahankan kedudukan agama Islam, menjatuhkan Kristian untuk memancing undi. Inilah apa yang sebenarnya yang dimahukan.
The state of play
Apa pula yang akan berlaku kepada Malaysia? Kita kini hidup dalam keadaan di mana undang-undang diwujudkan untuk memastikan rakyat terus dianiaya dan ditahan dengan mudah.
Kita ada aktivis sosial yang dihalang daripada memasuki negeri-negeri tertentu, manakala samseng dan pengedar dadah datang dan pergi sesuka hati.
Kita ada polis yang sibuk menahan penduduk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka pada kerajaan yang gagal, manakala pegawai-pegawai di dalam kerajaan membazirkan dana awam di kondominium mewah yang jelas menunujukkan rasuah.
Apa yang telah berlaku ke Malaysia selepas 54 tahun pemerintahan UMNO-BN? Kita telah menjadi orang-orang yang takut akan bayang-bayang kita sendiri, terima kasih kepada kerajaan BN. Lebih-lebih lagi, apa yang betul dan apa yang salah sepenuhnya bergantung pada UMNO.
Sesungguhnya ia adalah hari yang menyedihkan bagi rakyat Malaysia perlu mencari jawapan-jawapan dari pihak yang mempunyai petunjuk- apa yang betul dan apa yang tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan