Sabtu, 24 Disember 2011

Pakatan akan umum ‘manifesto bersama’ di konvensyen kebangsaan


KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat akan mendedahkan manifesto bersama parti perikatan itu pada konvensyen kebangsaan bulan depan di mana pemimpin tertinggi percaya ia akan menekankan dan membantu menyatukan persediaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan manifesto Pakatan Rakyat berbentuk “mudah, ringkas” dan “halus” untuk memberikan dan menjelaskan maklumat penting apa yang ditawarkan gabungan tiga parti itu kepada rakyat.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan Pakatan Rakyat berkemungkinan akan mengadakan konvensyen kebangsaan yang terakhir di Kedah pada 14 Januari depan untuk merangka strategi pilihan raya mereka.

“Sekarang, ia (manifesto bersama) akan diperkenalkan semasa konvensyen kebangsaan. Butirannya belum dimuktamadkan tetapi kami kerap bertemu untuk menyiapkan semuanya,” kata Pengarah Straregik PKR Rafizi Ramli.

“Manifesto ini akan mengandungi dasar-dasar yang paling penting dan matlamat tiga parti dalam Pakatan Rakyat...ia akan diperhalusi. Kami tidak boleh membawa begitu banyak mesej semasa pilihan raya, jadi pengundi akan mudah faham dengan apa yang ditawarkan kami iaitu sebagai satu gabungan dan bakal kerajaan,” tambahnya.

Manifesto Pakatan Rakyat akan “menyatukan” kedua-dua Rangka kerja Bersama dan Buku Jingga, menurut Rifizi.

Buku Jingga yang dibentuk secara bersama menawarkan beberapa aspek utama dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya termasuk memberikan elaun bulanan RM500 kepada guru yang akan membelanjakan kos keseluruhan sebanyak RM3.2 bilion setiap tahun.

Ia juga turut akan mengambil langkah tertentu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), memansuhkan sistem tol serta menawarkan akses perkhidmatan Internet tanpa wayar di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan transformasi dalam pentadbiran termasuk memansuhkan ISA, menggubal undang-undang perhimpunan aman serta membenarkan pelajar berumur 21 tahun ke atas untuk menyertai politik luar kampus.

“Ia seperti manifesto pilihan raya. Kami akan memberikan tumpuan tentang apa yang kami ketengahkan seperti bagaimana kempen Tony Blair pada 1999 yang memberikan fokus kepada beberapa kisu utama,” kata Rafizi.

Bekas perdana menteri UK Blair berjaya memimpin Parti Buruh memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum 1997 negara itu dan melaksanakan beberapa manifesto termasuk memperkenalkan gaji minimum, Akta Hak Asasi dan Akta Kebebasan Maklumat.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab untuk merangka manifesto bersama itu terdiri darida Rafizi, Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Nasution Ismail, Chua Tian Chang, Dr Dzulkefly Ahmad, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Tony Pua, Liew Chin Tong, Teresa Kok dan Anthony Loke.

Rafizi menegaskan manifesto itu dirangka pada masa yang tepat, menambah bahawa ia menunjukkan walaupun PKR, PAS dan DAP berlainan idealogi namun berjaya disatukan secara bersama seperti satu perjanjian.

“Kami tidak menang pilihan raya hanya kerana sokongan penyokong kami...kami memerlukan manifesto ini untuk ditawarkan kepada pengundi. Isu-isu yang dibangkitkan seperti gaji, kos sara hidup yang tinggi. Ini akan menarik perhatian generasi muda,” katanya.

Dijangkakan konvensyen itu akan menjadi tumpuan, Rafiziz berkata perbicaraan liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumukan pada 9 Januari turut akan mempengaruhi suasana.

Keputusan perbicaraan kes liwat Anwar yang telah mengambil masa selama dua tahun itu dijangka akan berakhir pada 9 Januari yang melibatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Tiada ulasan: