PAHANG DAILY
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto) berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya "drama politik" UMNO BN.
Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.
Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan UMNO BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah. "Selepas UMNO tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata "sudah busuk sampai ke usus", maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun. Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh UMNO BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ. Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.
"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya. "Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
[Ramai pihak yang melihat keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu adalah satu usaha bagi meyakinkan rakyat kononnya sistem kehakiman di Malaysia adalah benar belaka dan akan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa sahaja tanpa mengira mereka pemimpin pembangkang mahu pun kerajaan.
Rakyat dimomokkan agar percaya bahawa kerajaan sudah melakukan perubahan dan serius dalam memerangi amalan rasuah dan penyelewengan. Masalahnya, Khir Toyo adalah pemimpin yang sudah jatuh dan tidak lagi berkuasa besar di negeri Selangor. Mungkin jika beliau masih bergelar MB, maka Khir Toyo juga akan terselamat dari apa jua hukuman.
Memang benar Khir mengatakan dia di"kambing hitamkan" oleh UMNO sendiri kerana mereka bercita-cita besar untuk merampas semula pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor daripada Pakata Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Semua ini hanyalah satu strategi belaka].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan