Jumaat, 9 Disember 2011

Kewibawaan PAS Johor, Tidak Boleh Lagi Dipertikai- Mazlan Aliman

Oleh Ibn_bacoks


imagePAS negeri Johor dibawah kepimpinan Dato’ Dr Mahfodz Mohammed semakin terserlah kewibawaannya setelah berjaya memenangi dua buah kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, kata Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.

Katanya lagi, UMNO-Barisan Nasional Johor sudah tidak boleh berbangga dengan kedudukannya sekarang sedangkan pencapaian PAS pula dilihat terus naik mendadak ekoran keghairahan rakyat yang mahukan perubahan sudah tentu dengan menafikan kehadiran PAS sebagai pesaing paling dekat bagi UMNO adalah suatu yang tidak munasabah.

”Hari ini, setelah ada dua kerusi. Orang tak boleh perlekeh PAS. Ertinya peningkatan ada,” ujarnya lagi.

Mazlan berkata antara resepi ‘peningkatan’ itu adalah kerana para pendokongnya telah mempamerkan tahap pengorbanan yang tinggi dan jarang sekali memikirkan soal kepentingan peribadi.

Menurutnya amal dan tarbiah merupakan dua elemen yang wajar diperkemaskan dan sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke masa bagi mendapat pertolongan Allah swt.

”Amal dan tarbiah, nak kita kena perkemaskan. Munajat kepada Allah, bagaimana solat kita untuk dapat kekuatan. Kesungguhan (melakukan amal dan tarbiah) itu (perlu di) kekalkan (supaya) ada (kekuatan) pada kita. Yakinlah dengan pertolongan Allah, ” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menambah lagi dengan katanya kemenangan boleh berlaku apabila ahli PAS memberikan komitmen yang tinggi kepada perjuangan disamping berjuang dengan penuh keikhlasan.

”Ini jati kita sebagai pejuang agama Allah. Berilah lebih (komitmen) untuk berjuang. (memang) kita semua ada masalah sebab (itu) kita (kena) tolong agama Allah. Allah beri kemenangan pada mereka yang ikhlas dan patuh.

”Saya yakin. (sebarang) tentangan, apa pun yang mereka buat kena yakin. Sebagai jatuhnya Firaun.

”Hari ini, lihat tokoh-tokoh (besar) kecundang. Jatuhnya Mubarak dengan gelombang perubahan rakyat. Kalau ada kekuatan anak muda, tua dan wanita, insya Allah,” terangnya lagi.

Keyakinan itu menurutnya lagi hasil kerjasama politik dengan DAP dan PKR bakal memberi kejutan kepada UMNO dalam Pilihan raya akan datang.

”Ketepikanlah masalah peribadi. Kita hanya tolong menolong. Insya Allah (kita sasarkan) 15 kerusi, (manakala) 12 (lagi) DAP, kita (Pakatan Rakyat) dah dapat simple majoriti (untuk) tegakkan kebenaran (capai kemenangan) di Johor,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: