MSO
Dr Mahathir Mohamad nampaknya panas pedih juga dengan pendedahan tiga dokumen menunjukkan beliau ada meminta pinjaman wang dari bank dunia untuk selamatkan Malaysia dari bankrupsi seperti mana didedahkan oleh parti PKR.
Mahathir meragui dokumen berkenaan dan mahu bertanya kepada pihak bank dunia. Katanya dia akan pergi ke bank dunia untuk mengesahkan apakah dokumen itu asli atau tidak. Sekali lagi Mahathir cuba membuat riverse psikology dengan menimbulkan perkara itu. Apabila beliau berani untuk bertanya bank dunia orang akan mengira dokumen yang didedahkan itu sebagai palsu.
Menurut Mahathir beliau perlu mengesahkan kerana akhir-akhir ini banyak pemalasuan berlaku termasuk gambar orang lain disambung dengan tubuh orang lain. Beliau juga persoal kenapa dokumen ditimbulkan sekarang, apakah kerana pilihan raya. Wah... Mahathir terlupa dokumen itu didedahkan setelah dia melemparkan tahi kepada Anwar Ibrahim mengatakan Anwar beriya mahukan wang IMF sampai menuntut Anwar bersumpah.
Jadi dokumen itu terdedah sebagai menyahut cabaran Mahathir. Najis yang Mahathir campak melantun ke mukanya semua. Sebelum Anwar bersumpah laknat Mahathir juga kena bersumpah laknat menafikan apa yang tercatat dalam dokumen berkenaan. Helah dan belitan kata-kata tidak akan dapat menutup bau busuk itu Che Det oi. Kali ini Mahathir benar-benar menjadi kancil yang menyangka dirinyua cerdik sepanjang masa, kali ini dia terjerat.
Bila Mahathir mempertahankan dirinya dengan hujah itu, saya teringat kepada apa yang pernah dinafikan Mahathir sebelum ini mengenai gambarnya yang saya jadikan cover sebuah buku saya berjudul; Saya adalah Mahafiraun yang memaparkan wajah Mahathir sedang cekak pinggang dan memakai seluar pendek berhampiran sebuah gua.
Mahathir marah sungguh dengan gambar itu dan menuduh ia adalah super impose. Beliau menceritakan itu dalam mesyuarat MT kemudian disiarkan oleh akhbar penjilat buntut. Ramai orang percaya dengan penjelasan Mahathir itu dan ramai yang mencemuh saya mengkhianatinya.
Hebat Mahathir dia boleh menafikan apa yang ada dalam simpanannya sendiri dan apa yang dia lakukan sendiri. Tetapi orang Melayu yang berada di bawah tempurung dan makan ditangan Mahathir akan percaya apa saja yang Mahathir katakan, hatta kalau Mahathir mengatakan kambing jamnapari boleh terbang orang Umno akan percaya. Tetapi mereka yang terkeluar dari kelontong nyiur dan berubah dari menjadi gogat kepada nyamuk akan ketawa mendengar penafian Mahathir yang sterotyep itu.
Jadi saya tidak hairan kalau Mahathir menafikan apa yang didedahkan oleh dokumen itu. Dia akan melakukan apa saja. Mahathir berbohong bukan saja soal gambarnya pakai seluar pendek, atau mengenai dokumen terbaru itu, tetapi dia juga pernah mengatakan mata Anwar lebam kerana Anwar menghantuknya ke lututnya sendiri. MasyaAllah sampai ke situ sekali tembereng dan kuntai Mahathir.
Seorang perdana menteri selama 22 tahun boleh bercakap apa saja yang dia suka, boleh berbohong dan menafikan...di hadapan ribuan orang. Tetapi belum tentu semua orang mempercayainya. Orang mungkin anggup di depan untuk tidak menjatuhkan maruah pembohong. Tetapi apa yang orang akan kata selepas pulang ke rumah, Mahathir tidak ubah seperti pandir.
Mahathir sepatutnya insaf apabila beliau dipaksa turun dengan air mata dari menjadi perdana menteri dan tidak lagi terus melakukan pembohongan demi pembohongan demi pembohongan di mana hasil pembohongan itu menyebabkan negara menjadi seperti hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan