Timbalan Menteri Kewangan Datik Donald Lim berkata bahawa tambahan RM150 bilion yang dikatakan mengalir keluar secara haram pada 2009 "bukan perkara baru".
Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, jumlah yang dinyatakan pemantau berpengkalan di Washington Global Finance Integrity (GFI) sebenarnya tidak mendedahkan apa-apa yang baru.
"Setakat ini, tiada sebarang isu baru didedahkan. Ia pernah dibawa oleh GFI dan kita telah buat pengumuman di Parlimen supaya tindakan lanjut dalam diambil," katanya ketika dihubungi.
Kenyataan Lim itu senada dengan kenyataan Ketua POlis Tan Sri Ismail Omar pada Jumaat bahawa polis sedia maklum tentang aktiviti penyeludupan wang dan justeru memberikan aset pihak yang menjalankan aktiviti itu.
Ditanya sama ada jumlah anggaran GFI hampir sama dengan Bank Negara, Lim berkata jumlah itu mungkin bukan angka sebenar.
"Tiada siapa dapat pastikan angkanya. Kita tidak akan tahu kecuali jika diberikan perincian."
"Sefaham saya, GFI dan Bank Negara sudah berhubung berhubung isu ini," katanya.
Katanya, ketika pihak berkuasan kewangan terus memantau keadaan, risiko itu akan sentiasa dihadapai dalam keadaan ekonomi terbuka.
"Perdagangan Malaysia pada 2010 sebanyak RM1.2 trilion dan kira jangkakan akan berkembang sebanyak 7 peratus pada tahun ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan