THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan, lapor Bernama Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan