“Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC,” kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam ini.
ASPIRASI mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai BEBAS.
Berarak dan berhimpun menganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa.
Sekitar 100 mahasiswa universiti awam tempatan mengadakan demonstrasi di ibu negara kira-kira 2 petang dan menyerahkan memorandum kepada Suhakam.
Kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti teras BN itu.
Dalam pada itu, akaun Twitter @MahasiswaMsia dengan merujuk kepada isu Himpunan Bebas berkata, “sejarah tercipta! Demonstrasi hingga ke bangunan Umno di PWTC dan sejarah itu dicipta oleh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!”
Mesej susulannya berbunyi, “17 Disember '11 — hari bersejarah negara.”
Katanya, mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.
Bagaiamanpun mesej akaun seterusnya memaklumkan Saifuddin bahawa kejadian itu memang bukan sesuatu yang dirancang.
“Insiden ini bukan perancangan kami, di luar kawalan.
“Isu turun bendera gambar DS @NajibRazak Ia di luar kawalan penganjur. Koalasi Bebas pandang serius dan akan bincang perkara ini,” kata dua mesej yang menyusul sekitar 9 malam tadi.
Maklumat yang diperoleh dari akaun yang sama memaklumkan Saifuddin bahawa “ketua demo (demonstrasi petang) tadi Safwan Anang, kami akan bincangkn isu turun gambar DSN (Najib)ini secara serius malam ini juga.”
Sementara itu Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin menerusi mesej Twitternya membalas @MahasiswaMsia menulis, “Terus bangkit!”
Bagaimanapun tindakan mereka mendapat bantahan dan dikecam ahli-ahli dan pemimpin Umno. Bekas ketua sayap muda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, yang juga pemimpin Pemuda Umno PJ Utara, dalam kenyataan yang dikongsi berkata,
Aspirasi mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai Bebas.
“Berarak dan berhimpun mengganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa.
Apa yang menyedihkan lagi, kerenah pelampau ini dilayan oleh YB Datuk Saifudin Abdullah, umpama mereka ini diiktiraf!
“Pihak kerajaan mesti berhati-hati dalam tindakan sebegini.
Aspirasi kecewa apabila mahasiswa ini tidak mengenang budi sehingga sanggup menurunkan bendera YAB PM dan mendesak YAB Dato Seri Mohd Najib letak jawatan!” kata kenyataan itu.
Aspirasi merupakan antara beberapa kumpulan pelajar berpengaruh di pusat pengajian tinggi awam tempatan.
Safwan ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pagi esok untuk membincangkan isu terbaru ini.
“Kami akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat esok,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan