Selasa, 6 September 2011

Isu Mat Indera: Umno gali lubang sendiri- Mat Sabu

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno cuba memutarbelitkan sejarah khususnya perjuangan Mat Indera, berdasarkan bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor pada 2004.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam mencatatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani.


Malah terdapat versi yang menyatakan Mat Indera tidak terlibat dengan perjuangan Parti Komunis Malaya, lapor Harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tindakan pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Menurut Mat Sabu, buku Pengukir Nama Johor setebal 170 muka surat itu turut memaparkan kata-kata aluan yang ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

“Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

“Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya,” katanya.
Isu Mat Indera: Umno gali lubang sendiri- Mat Sabu

Pemimpin Umno cuba memutarbelitkan sejarah khusunya perjuangan Muhammad Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang
diterbitkan Yayasan Warisan Johor pada 2004.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam mencatatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan tokoh
agama yang disegani.

Malah terdapat versi yang menyatakan Mat Indera tidak terlibat dengan perjuangan Parti Komunis Malaya, lapor Harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah
ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul
Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno
sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

“Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta
sejarah.

“Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang
turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya,” katanya.

Sementara itu, dalam buku Pengukir Nama Johor, antara lain dicatatkan tokoh pejuang menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan tanah Melayu seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Datuk Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah), Datuk Maharajalela (Perak) dan Rosli Doby (Sarawak).

Mereka berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang mengancam keselamatan negara.

Tiada ulasan: