Oleh SAFAR JUMAAT
CUKUP sukar menafikan apa yang orang ramai perkatakan mengenai isteri Perdana Menteri (PM), Datin Seri Rosmah Mansor yang terlalu berkuasa ñ di belakang tabir, sekaligus membayangi kepimpinan suaminya, Mohd Najib Tun Razak.
Terbaru, desas-desus mengatakan akan ada Menteri Penerangan (Komunikasi dan Kebudayaan) yang baru, seorang tokoh muda dalam dunia penyiaran bernama Dato’ Seri Farid Ridzuan.
Khabar ini bukan dibawa oleh mereka yang duduk di kedai kopi tetapi, datangnya dari ruangan gossip sebuah akhbar arus perdana ñ yang tentunya, kewibawaan sumber itu sukar dinafikan oleh mereka yang dekat dengan kepimpinan negara.
Kenapa dengan Menteri Penerangan sekarang? Ada yang tidak kena atau, isteri Perdana Menteri tidak gemarkan gerakkerjanya? Khabarnya, alasan yang digunakan untuk mendapatkan khidmat Menteri Penerangan yang baru bagi tujuan menyelamatkan RTM.
Tidak mustahil, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini akan dipecahkan dua, seorang Menteri baru dilantik untuk menjadi Menteri Penerangan yang tentunya pilihan isteri Perdana Menteri dan Rais Yatim dikekalkan di Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan yang bakal ditambah dengan Warisan.
Farid adalah bekas orang besar di Media Prima yang antaranya menguasai TV3. Katanya, dia diminta meninggalkan kumpulan media besar itu kerana dilantik menjadi seorang pegawai khas kepada seseorang di Jabatan Perdana Menteri.
Jika Farid sanggup meninggalkan sebuah kumpulan media besar untuk menjadi seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri, tentulah pendapatannya jauh lebih besar daripada apa yang dia dapat selama ini di kumpulan media besar itu, atau dia dijanjikan dengan jawatan yang lebih besar dari jawatannya sebelum ini.
Hari ini, di luar sana, termasuk di sekitar PWTC, di mana terletaknya Ibu Pejabat Umno, cakap-cakap mengenai kemungkinan Farid dilantik menjadi Menteri Penerangan semakin rancak.
Bila menyebut pasal Farid, semua mereka yang rapat dengan Umno tahu hubungan intimnya dengan isteri Perdana Menteri yang berkuasa itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz mengatakan pembabitan aktif Rosmah Mansor di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang positif, terutamanya dalam memartabatkan nama Malaysia.
Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Libaran, Dato’ Juslie Ajirol, Mohamad Nazri berkata, pembabitan secara aktif isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen atau seminar antarabangsa adalah sesuatu yang positif, terutama dalam memartabatkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Katanya, penyertaan itu adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan baik dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanakkanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.
“Jesteru, melalui pembabitan dan pendekatan sebegini, Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang berkenaan.
Secara tidak langsung, ia juga akan dapat menyakinkan persepsi antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia dalam bidang berkenaan,” kata Mohamad Nazri.
Dalam perkembangan yang sama, ramai juga melihat, kemunculan Rosmah kini seolaholah sudah mengatasi kehadiran Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilihat hanya menjadi Menteri pengiring kepada Rosmah.
Tingkah laku Rosmah sudah banyak diperkatakan. Pertunangan anaknya dengan anak pembesar Kazakhtan juga dipertikaikan kerana Najib dan Rosmah dikatakan mengambil kesempatan dari lawatan rasmi untuk tujuan keluarganya tetapi telah dinafikan Sharizat dan dipertahankan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, seperti serangannya kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkifli Ahmad.
Sebelum ini, cerita mengenai keborosan Rosmah berbelanja di luar negara, menjadi bahan percakapan tetapi kesemuanya tidak merisaukan Rosmah, tetapi tidak pula diketahui apakah Najib bersetuju dengan semua tingkah laku isterinya itu.
Rosmah juga dikatakan terlibat secara langsung di dalam membuat dan menyokong sesiapa sahaja yang dikira layak mengetuai GLC dan jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan.
Malahan, ramai yang berjawatan dalam Umno di Ibu Pejabat Umno khabarnya dilantik kerana pandai menjaga hati Rosmah walaupun, dari segi kelayakan, orang yang pandai menjaga hati Rosmah itu tidak begitu baik.
Beberapa pihak yang mendakwa dirinya terbabit dengan perniagaan kontrak dengan kerajaan pula mendakwa Rosmah dikatakan terbabit membantu sesiapa yang disukainya mendapatkan kontrak.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, tidak siapa dapat mengesahkannya, tetapi sekurangkurangnya cerita-cerita yang keluar ini, sedikit sebanyak menyinggung kepimpinan Najib.
Kemunculan Rosmah yang cukup kerap di kaca TV betul-betul menenggelamkan sebahagian Menteri yang Najib lantik mengetuai satu-satu kementerian yang besar dan penting.
Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) yang dikatakan peneraju utama sesebuah kementerian juga tidak sering dilihat muncul di kaca TV, malahan, ada KSU yang langsung tidak dikenali rakyat, kerana kurang muncul di surat khabar dan kaca TV, sebaliknya Rosmah, berada di tahap yang berbeza.
Rasa takut isteri-isteri menteri berketuakan Rosmah sebagai Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (BAKTI) juga mengesahkan, mereka terpaksa belajar menyanyi bagi mendampingi Rosmah selain tarian poco-poco.
Tiada siapa antara isteri menteri yang boleh mengatakan Rosmah tidak pandai menyanyi, jika mahu berada di dalam zon selamat. Rosmah diketahui seorang penyanyi yang tidak pernah melepaskan peluang mengalunkan suara, tidak kira di mana sahaja dia berada.
Barangkali Najib sendiri memuji-muji kemerduan suara isterinya menyampaikan lagu-lagu pilihan, tetapi yang lebih mustahak, imej Najib kini benarbenar terganggu dengan kemunculan Rosmah yang semakin menjadi-jadi, berselangseli dengan pelbagai fesyen pakaian serta sanggul tinggi tak bertutup di kepalanya.
Rosmah tentunya tahu semua kecaman orang ramai ini terhadapnya tetapi, dia tidak akan mengurangkan semua kegiatannya kerana dia sudah merasakan dirinya berada di status tertentu yang kurang sedikit dari Perdana Menteri tetapi lebih tinggi dari seorang yang berjawatan menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan