Sabtu, 19 Mac 2011

Protes Yemen: Keselamatan lepas tembakan, 30 terbunuh

TERKINI
LAPORAN— Reuters

SANAA, 18 Mac — Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan Yemen dan penyokong kerajaan melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan di Sanaa selepas solat Jumaat hari ini.

Lebih 100 orang dipercayai cedera dalam kejadian itu.

Peningkatan itu dilaporkan oleh Reuters tidak sampai sejam selepas laporan awal mengatakan 10 orang terbunuh.

Laporan terdahulu memetik seorang doktor menyebut angka kematian kemungkinan akan meningkat.

“Sepuluh orang terbunuh dan angka dijangka bertambah kerana 30 orang berada dalam keadaan kritikal,” kata doktor hospital lapangan di kem protes di Universiti Sanaa.

Pasukan keselamatan melepaskan tembakan ketika cuba menghalang penunjuk perasaan berarak keluar dari dataran mereka sedang berhimpun.

Dalam pada itu, Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berkata majlis pertahanan mengisytiharkan darurat ekoran tindakan pasukan keselamatan membunuh sekitar 30 orang penunjuk perasaan.

Katanya, pihak polis tidak terlibat dalam keganasan itu.

“Pihak polis tidak hadir dan tidak melepaskan tembakan. Pertemputan antara rakyat dan penunjuk perasaan,” kata beliau pada sidang media.

“Ia jelas elemen bersenjata di kalangan penunjuk perasaan,” katanya.

Tiada ulasan: