Sabtu, 19 Mac 2011

Krisis Nuklear Jepun Meruncing

TVS NEWS


TOKYO : Krisis nuklear di negara matahari terbit itu terus meruncing dengan paras radiasi dilaporkan terus meningkat disebalik usaha berterusan untuk mengelak kecairan rektor loji nuklear di Fukushima Daiichi Genap seminggu gempa bumi sekuat 9 magnitud merosakkan loji nuklear Fukushima.

Usaha berterusan pihak berkuasa Jepun untuk membendung krisis nuklearnya masih belum berjaya.Jurutera Jepun pada Jumaat berusaha menyambungkan semula kabel elektrik yang rosak pada loji itu bagi membolehkan pam berfungsi semula bagi menyejukkan rektor.

Usaha menyiram air dari udara menggunakan helikopter tentera masih diteruskan.

Sementara itu, ancaman radiasi yang semakin meningkat memaksa lebih ramai penduduk Fukushima khususnya yang berada di sekitar loji nuklear Daiichi dipindahkan.

Sambil memakai topeng muka penduduk terbabit dipindahkan menggunakan bas ke pusat pemindahan diluar kawasan 20 kilometer radius dari loji nuklear itu.

Pada masa sama, kira-kira 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer radius dinasihatkan supaya tidak keluar dari rumah masing-masing.

Dalam pada itu pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah.

Bagaimanapun tahap radiasi itu dilaporkan tidak membahayakan kesihatan di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk itu.

Tiada ulasan: