Harakahdaily |
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya dasar Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Judi. Naib ketuanya, Hisham Fauzi berkata, dasar yang telah dilaksanakan secara konsisten selama pemerintah PAS di Kelantan itu tenyata telah banyak membawa kebaikan, secara khususnya ke atas institusi keluarga. Malah, katanya jika dilihat dengan kacamata agama, tindakan tersebut adalah merupakan suatu kewajipan sebenarnya. Justeru, katanya DPPNK menyeru kepada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Kelantan itu agar mendapatkan penjelasan sebenar kenapa dasar ini diperkenal dan dilaksanakan. Tambahnya, manakala untuk lebih memperkemaskan perlaksanaan dasar itu, DPPNK menyokong penuh pendirian Datuk Menteri Besar yang telah bersetuju untuk merujuknya kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan demi memastikan bahawa perlaksanaan dasar itu dilaksanakan mengikut lunas-lunas undang-undang berkaitan seperti Akta Rumah Judi Terbuka dan lain-lain undang-undang kecil di samping tetap memelihara hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan. “Selaras dengan itu juga, kami berharap agar usaha membenteras judi haram di negeri Kelantan diteruskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, demi meastikan kegiatan gejala sosial di negeri Kelantan dapat dikawal dan nama baik negeri Kelantan akan tetap dijaga,” katanya dalam satu kenyataan. |
Isnin, 21 Mac 2011
Judi: Pemuda PAS Kelantan sokong k'jaan negeri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan