Fakhri Ali |
NIBONG TEBAL: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dengan kerjasama AMK Nibong Tebal, PAS dan DAP mengadakan demonstrasi membantah tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketuanya, Amir Md Ghazali ketika mengetuai demonstrasi aman di perkarangan tol Jawi petang tadi, berkata, bantahan yang diadakan oleh badan bukan kerajaan atau NGO kebelakangan ini adalah didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). "Mereka cuba campur tangan dalam kes yang melibatkan perbicaraan mahkamah. Sepatutnya kes yang sedang dibicarakan jangan dipolitikkan semata-mata untuk kepentingan politik pihak tertentu. "Apabila kes ini cuba ditangani secara rakus dan protes, akhirnya kuasa mahkamah itu sendiri tercalar. Sepatutnya sebagai sebuah parti yang menggelarkan diri mereka sebagai matang dan profesional, Umno dan BN tidak seharusnya menjadi dalang dalam mempolemikkan isu ini. "Sekiranya isu DNA ini boleh mereka desak, protes dan demo, apakah kita boleh mengharapkan adanya keadilan dalam menangani isu yang melibatkan Datuk Seri Anwar ini," tanya beliau lagi. Tambahnya lagi, protes aman itu adalah bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa DNA milik Anwar tidak boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan politik mereka. "Kami AMK tetap mempertahankan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim dari disalahgunakan oleh Umno dan BN. Kami juga menuntut supaya Datuk Seri Najib supaya tidak memperalatkan sistem keadilan dalam negara, semata-mata untuk menguburkan karier politik Anwar yang menjadi cabaran besar kepada Umno dan BN selama ini," ujarnya lagi. |
Khamis, 17 Mac 2011
Demo aman bantah politikkan DNA Anwar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan