BERNAMA
SHAH ALAM - Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R. S. Thanenthiran telah memberitahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai pemecatan 14 anggota jawatankuasa pusat (CC) parti itu, semalam.
Menurutnya, penyingkiran 14 orang itu berkuatkuasa pada 20 Januari dan menambah keputusan memecat mereka dibuat oleh 18 anggota CC.
"Salinan surat pemecatan yang dihantar kepada anggota-anggota CC telah dikemukakan kepada ROS, semalam.
"Sementara itu, saya akan menunggu keputusan ROS dalam menentukan kedudukan saya selaku presiden sah Makkal Sakti, berikutan keputusan dibuat oleh jawatankuasa pusat parti yang mengundi menyingkirkan saya,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas CC di ibu pejabat parti itu, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan