Rabu, 27 Januari 2010

Tahanan reman 'pembakar' gereja Taiping dilanjutkan

MALAYSIA KINI


Perintah tahanan reman ke atas tujuh individu yang disyaki bertanggung-jawab membakar dua gereja dan sebuah sekolah di Taiping dilanjutkan sehingga 2 Feb depan.

Permohonan perlanjutan tujuh hari itu dibenarkan oleh majistret Rahni Kartini Abd Rahim kerana tempoh tahanan mereka sebelum ini berakhir hari ini.

Perbicaraan tahanan reman itu dijalankan secara tertutup di mahkamah majistret Taiping.

Semua suspek yang ditahan pada 22 Jan lalu itu disiasat mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Pada 10 jan lalu, Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Katolik St Louis yang terletak bersebelahan sekolah Menengah Convent Taiping dilempar dengan bom api.

Kedua-dua buah gereja berkenaan tidak mengalami kerosakan manakala insiden di sekolah itu membabitkan kerosakan kecil apabila cermin kaca pondok pengawal pecah.

Tiada ulasan: