BERNAMA
ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Umno akan melipatgandakan usaha bagi memperkuatkan keanggotaan sayap itu, dengan mensasarkan lebih 50,000 keahlian baru sepanjang 2010.
Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Megat Firdouz Megat Junid berkata pergerakan itu akan melancarkan Program Kempen Pendaftaran Ahli dan Daftar Pemilih peringkat nasional di Kedah untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai Umno pada awal bulan depan.
Katanya Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, akan melancarkan program itu dengan gerak kerja dilakukan serentak di seluruh negara pada 5 Febuari ini. "Pemuda sasar dua kali ganda penambahan anggota berbanding tahun lepas dan bagi Kedah sahaja kita sasarkan antara 5,000 hingga 6,000 anggota Pemuda baru," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini.
Megat Firdouz berkata Pemuda Umno akan mengadakan kempen di setiap kawasan bagi memastikan golongan muda sedar bahawa perjuangan Pemuda masih utuh serta relevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan