DETIK DAILY
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.
Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan
BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.
Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma 'wang ehsan' tidak pernah wujud. Hanya terma 'wang royalti' sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan 'terma 'wang ehsan' seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.
PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.
Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.
Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.
Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.
Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.
PAS berharap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.
PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penarangan PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan