Khamis, 28 Januari 2010

'Saya lepas jawatan jika Ong sepakat'

BERITA HARIAN ONLINE


SEREMBAN: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bersedia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dengan syarat Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bersedia membincangkan masalah dihadapi parti itu.

Dr Chua melahirkan kesediaan melepaskan jawatan nombor dua parti itu dan mengadakan semula pemilihan parti jika kedua-dua pemimpin tertinggi parti sedia duduk berbincang dan mencapai kata sepakat.

"Saya bersedia melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden, tetapi Presiden dan Naib Presiden juga mesti bersetuju berbincang.

"Keputusan ini untuk kepentingan parti sebelum mengadakan pemilihan baru parti," kata ketika berucap di mesyuarat bersama ketua bahagian, wanita dan pemuda parti itu, di sini, semalam.

Sementara itu, katanya, semua bahagian parti itu yang mempunyai lebih 5,000 ahli akan menerima peruntukan RM50,000 dari ibu pejabat parti mulai tahun ini, bagi menjalankan aktiviti.

Tiada ulasan: