Selasa, 26 Januari 2010

PKR arah Zulklifi 'tutup mulut'

MALAYSIA KINI


( TERKINI ) - Biro politik PKR hari ini mengeluarkan arahan 'tutup mulut' ke atas ahli parlimen kontroversialnya, Zulklifi Noordin, sementara menunggu keputusan jawatankuasa disipilin yang dijadualkan tidak lama lagi.

Biro politik yang berkuasa itu bermesyuarat tengahari tadi bagi menentukan nasib ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu yang dibidas kerana membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.

Mesyuarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.

Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kenyataannya yang dianggap membelakangkan parti.

Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpakasa dibatalkan.

November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

Tiada ulasan: