Rabu, 27 Januari 2010

Hishamudin tak mahu terima memorandum, rakyat tak mahu jumpa Umno


http://buletinonline.net/images/stories/berita21/JuaraRakyat%20001.jpgKUALA TERENGGANU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.

Memorandum tersebut dirancang untuk diserahkan kepada Hishamudin selepas mesyuarat Perhubungan Umno minggu lalu

(Gambar - sudahlah menumpang program kerajaan, pergi mengacau sekolah tempat budak-budak belajar - Sekolah Menengah Teknik di warnai bendera Umno)

Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak).

Namun, Hishamuddin memberikan alasan, beliau tidak mahu menerima memorandum itu kerana menurutnya, beliau tidak akan melayan sebarang karenah serta perkara remeh-temeh yang boleh membawa kepada perpecahan.

Sebaliknya, rancangan penyerahan memorandum tersebut pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa telah ada perpecahan dikalangan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Batu Burok.

Difahamkan, penyokong-penyokong kuat Mat Kerak tidak berpuas hati atas tindakan tidak mengekalkan Mat Kerak sebagai Penyelaras DUN Batu Burok.

Oleh itu mereka mengharap supaya selaku Pengerusi Perhubungan, Hishamudin dapat mendengar dan menyelesaikan hajat mereka.

Namun sebaliknya, Hisahmudin terus menutup pintu, atas sebarang ‘suara’ dalam Umno Terengganu, semata-mata kononnya mahu menyelesaikan masalah dalaman Umno Terengganu.

Setelah sembilan bulan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu menerajui Umno Terengganu bukan sahaja masalah penyatuan Umno belum selesai, malah prestasi agensi dibawah ‘ketiaknya’ bermasalah.

Seramai 112 anggota dan pegawai polis yang bertugas di Terengganu disiasat kerana melakukan pelbagai kesalahan tatatertib sepanjang tahun lalu, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 13 orang merupakan kalangan pegawai manakala 99 orang lagi anggota pangkat rendah.

"Dalam hal ini, 22 orang ditahan kerja, lapan digantung kerja sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan manakala 30 anggota berpangkat rendah didapati bersalah dan disabitkan hukuman," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan oleh anggota polis berkenaan termasuklah ponteng kerja, penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan nama baik polis.

Dalam pada itu, bilangan polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Terengganu telah melambung tinggi, dimana terdapat tujuh kes kes pada tahun 2008, tetapi angka ini meningkat menjadi dua kali ganda tahun lalu.

Sementara itu, pelancaran program juara rakyat sebagaimana yang dihebahkan disepakati oleh pemimpin Umno Terengganu, tidak menjadi.

Selain menumpang program pemberian hadiah pelajar cemerlang yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu, ia tidak mendapat sambutan, baik dikalangan ahli-ahli Umno sendiri, apatah lagi dari penduduk setempat.

Mujurlah menumpang program Yayasan Terengganu yang menjemput 600 orang para pelajar cemerlang untuk hadir menerima hadiah kewangan.

Dicampur dengan ibu atau bapa, jumlahnya lebih kurang 1500 orang dan itulah hanya khalayak yang hadir.

Program pelancaran juara rakyat peringkat negeri itu sepatutnya disambung jam 3 petang dengan program ‘Umno bertemu pelanggan’ iaitu orang ramai.

Malangnya khemah-khemah pameran terpaksa dikemas dan ditutup kerana tidak ada sesiapa yang mahu bertemu dengan Umno!

Tiada ulasan: