Isnin, 4 Januari 2010

Abu Kassim: 2 perkara mudah untuk pulihkan SPRM, cadang Kit Siang

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed mempunyai dua cara mudah untuk menunjukkan beliau mahu mengembalikan maruah dan reputasi badan yang sepatutnya bebas itu.

Menurut pemimpin DAP, Lim Kit Siang, dua perkara mudah itu adalah mengarah pegawai SPRM, Raub Ghani agar menggugurkan semula laporan polisnya ke atas Dr Porntip Rojanasunand.

Dalam laporan polisnya, Raub mendakwa pakar dari Thailand itu membocorkan maklumat kepada pihak yang tidak berkenaan berhubung dengan bedah siasat kedua terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Lim Kit Siang juga meminta Abu Kassim agar meminta polis Selangor menghentikan penyiasatan yang tidak berasas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Siasatan itu dibuat polis ekoran dakwaan kedua-duanya Teoh Beng Hock telah mati dibunuh.

Dengan cara ini, kata anggota Parlimen Ipoh Timur itu, keyakinan orang ramai akan boleh pulih begitu juga dengan profesionalisma dan intergriti SPRM.

Dalam kenyataan yang sama, Lim Kit Siang turut mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim diatas perlantikannya.

Abu Kassim mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM di depan Yang Dipertuan Agung hari ini. Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Said Hamdan yang bersara awal.

Tiada ulasan: