Isnin, 2 Mac 2009

Bangunan Perak Darul Ridzuan Ditutup Sekat Sidang Tergempar DUN Perak

Editor Buletin Online


Krisis politik dan perlembagaan negeri Perak semakin kronik apabila satu notis dikeluarkan hari ini memaklumkan Kompleks pentadbiran negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak akan ditutup esok.

Tindakan mengejut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu dilihat sebagai usaha terakhir menggagalkan Sidang Tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar kelmarin

Satu notis tanpa tandatangan telah dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri lewat hari ini.

Notis tersebut memaklumkan bahawa pada 3 Mac, hari Selasa (esok) pintu masuk utama ke bangunan tersebut akan ditutup.

Notis itu juga mengarahkan semua warga bangunan Perak darul Ridzuan agar membatalkan sebarang temujanji esok di premis tersebut.

Berita Sebelum ini - Sidang Tergempar DUN Perak Tetap Akan Diadakan Selasa Ini

Speaker Dewan Undang Negeri Perak V.Sivakumar, dalam kenyataan terbarunya pada sidang media jam 7.00 malam semalam menegaskan panggilan mengadakan Sidang DUN Tergempar yang dibuatnya adalah sah dan mengikut undang-undang.

Beliau berkata Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa tafsiran mengenai peraturan DUN (Standing Order)“Tugas Setiausaha DUN adalah menurut arahan Speaker DUN,”kata Sivakumar.|Sidang Tergempar DUN Perak Tetap Akan Diadakan Selasa In

Beliau membacakan peruntukan 89 (Standing Order 89) yang menyatakan bahawa penafsiran yang dibuat oleh Speaker adalah muktamad.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi menyatakan Sidang DUN Tergempar tersebut akan tetap diadakan Selasa ini.

Beliau yang juga seorang pengamal Undang-undang, dihubungi Buletinonline melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab “Ya, sebagaimana hari ini” dalam respon pertanyaan yang dikemukakan, adakah Sidang DUN Tergempar Selasa ini tetap di adakan.

Pegawai Khas Exco Ugama dan Pendidikan Ngeri Perak, Ustaz Norazli Musa mengatakan Sidang DUN Tergempar pasti akan diadakan.

Menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perak, tidak ada kuasa melalui peruntukan undang-udang tubuh negeri Perak yang boleh menghalang Speaker DUN memanggil sidang tersebut.

Beliau yang dihubungi sebentar, mengulangi pendirian Pakatan Rakyat Negeri Perak sebagaimana yang di huraikan dalam majlis penerangannya di Geliga, Kemaman pada minggu lalu.

Berita Sebelumnya - Speaker Lawan Setiausaha DUN Perak - Abdullah Antong Sabri, Seorang Penyokong Kuat UMNO

Peguam Sivakumar menyatakan hari ini Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan sebagaimana Jadual, Selasa ini, kerana ia menepati peruntukan sebagai terkandung dibawah undang-undang tubuh kerajaan Perak dan selari dengan amalan parlimen yang dilaksanakan di negera-negara commonwealth.

Bagaimanapun, Setiausaha DUN Perak, Antong berkata panggilan sidang tergempar tersebut tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipanggil Speaker, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat, tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kerajaan negeri.

Kedua-dua peguam Sivakumar Chan Kok Keong and Augustine Anthony memberitahu media DUN Perak telah ditangguhkan sine die (tiada tarikh tetap) sejak November lalu, oleh itu Speaker mempunyai kuasa memanggil sidang tersebut.

“Walau bagaimana pun, sekiranya Sultan Perak menggantung (prorogued) atau membubarkan Sidang DUN Ke 12, barulah Speaker perlu mendapat perkenan Sultan untuk memanggil sidang ke 13,”kata Chan.

Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.

Tiada ulasan: