Khamis, 26 Mac 2009

Pemilihan Umno: Undi dikira, keputusan dijangka 10 malam

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Proses pengiraan undi pemilihan bagi memilih barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno telah bermula pada pukul 4 petang tadi.

Bagaimanapun, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada pukul 10 malam ini.

BERITA TERDAHULU

Proses pengundian pemilihan bagi memilih barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno telah berakhir kira-kira 3:45 petang tadi.

Proses pengiraan undi akan bermula pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun keputusan penuh dijangka akan diketahui menjelang pukul 10 malam ini.

Sementara itu, pada sebelah pagi tadi kempen pada saat-saat terakhir sebelum para perwakilan Perhimpunan Agung Umno memilih barisan pimpinan MT terus mewarnai suasana sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seawal pukul 7 pagi para peraih undi dan penyokong calon-calon yang bertanding berkumpul dan berbaris di sepanjang laluan masuk ke PWTC mengedarkan risalah dan kad yang tertera nombor calon-calon.

Mencuri perhatian, penyokong kepada calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar tampil dengan memakai topeng wajah beliau.

Menerusi kaedah kempen sedemikian, Syed Hamid yang memegang nombor pencalonan '05' dilihat seolah-olah berada di mana-mana.

Penyokong bagi calon-calon juga tidak ketinggalan dengan cara kempen masing-masing sama ada dengan menyanyi mahupuan sorakan secara berkumulan.

Pada pemilihan kali ini tumpuan pastinya diberikan kepada dua jawatan utama yang menyaksikan pertandingan sengit iaitu bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas Lembaga Disiplin Umno membatalkan penyertaan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali didapati bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno melibatkan politik wang.

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, seramai lapan orang yang betanding bagi jawatan berkenaan.

Mereka ialah Datuk Seri Hinshammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Mohd Isa Samad, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Bagi jawatan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding apabila Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan

Tiada ulasan: