MALAYSIA KINI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah memaafkan apa juga perkara tidak baik yang telah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tetapi, katanya, beliau tidak pernah marah dengan apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.
Katanya, beliau juga memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.
"Saya mahu bersara dengan senang hati, tidak ada perasaan tidak baik saya bawa bersama..," katanya.
Perdana menteri menegaskan demikian dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
"Muhyiddin, saya ingin menyatakan di depan semua yang ada, saya tidak pernah marah kepada Muhyiddin. Kerana itu saya tidak pernah balas apa dia cakap," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan