mahasiswakini
Petaling Jaya - Ekoran keterlibatan langsung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya dalam aktiviti UMNO Sabtu lepas, Pengerusi SMM Muhammad Haafizuddin Abirerah tampil mempersoal kredibiliti ahli akademik tersebut di peringkat Universiti Malaya; sekitar jam 5 petang tadi.
Di UM, Dr. Azarae sibuk kongkong mahasiswa agar tidak terlibat dengan aktiviti pembangkang kononnya. Kalau buat aktiviti tanpa kebenaran beliau, AUKU-lah jawabnya. Tapi, bila beliau sendiri yang terlibat menentukan dasar-dasar tertentu berhubung survival UMNO, kebenaran siapa pula yang dimintanya,” soal Haafizuddin.
Katanya lagi, mantan TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dato’ Dr. Mohd Razali Agus yang pernah mencengkam aktivis-aktivis mahasiswa UM lima tahun lepas; turut dilaporkan terlibat dalam program parti tersebut.
HEPA ketika dihubungi menafikan keterlibatan Azarae dalam Seminar anjuran proksi UMNO tersebut.
Tambahnya lagi, waktu berlangsungnya forum tersebut, Azarae sedang merasmikan suatu program rasmi Universiti di Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya.
Ditanya pula tentang keanggotaan langsung Azarae dalam Alumni Kelab UMNO Luar Negara dan Pemilihan Agong UMNO (PAU) sendiri, pegawai kanan yang enggan namanya diketahui tersebut terus meletakkan ganggang telefon.
Seminar Memperkasa Politik Melayu anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara tersebut merupakan antara program pra-pembukaan Pemilihan Agong UMNO (PAU) Kali Ke-59 ini.
Dikatakan Razali pernah menjawat jawatan Canselor Universiti Perindustrian Selangor (UNISEL) selepas ditamatkan perjawatan di UM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan