MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghadiri perasmian mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 pagi ini kerana beliau terlepas penerbangan dari Doha, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
"Itu yang dia beritahu saya secara peribadi," kata beliau dipetik Bernama ketika diminta mengulas mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada perasmian mesyuarat itu pagi ini oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ketika ditemui pemberita pula berkata, parti itu telah menulis surat rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat dan kepada Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong mengenai ketidakhadiran Anwar itu.
Katanya, Anwar dijangka pulang ke tanah air petang ini.
Anwar juga merupakan Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan