SM Noor
Kemaman – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli berkata kebanyakan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘berhenti sekerat jalan’ dan tidak sampai kepada golongan sasaran.
Keadaan itu berlaku, menurutnya, kerana terdapat penyelewengan dan rasuah dalam proses penyaluran bantuan tersebut serta wakil-wakil rakyat yang tidak memainkan peranan sewajarnya.
Beliau berkata, rakyat telah melantik wakil rakyat dan apabila seseorang menjadi wakil rakyat sebenarnya dia adalah ‘kuli kepada rakyat’, sebagaimana kandungan surat yang ditulis ulamak Hassan Basri kepada Khalifah Umar Abdul Aziz.
“Mana ada ‘kuli’ yang lebih kaya dari ‘tokeh’, wakil rakyat adalah hamba kepada rakyat, mana ada hamba kaya daripada majikan,”kata Ustaz Wan Hassn ketika berucap dalam ceramah ‘Isu Negeri Perak’ di Chukai, Kemaman, Rabu lalu.
Sebaliknya, kata beliau, apa yang berlaku masakini, wakil-wakil rakyat menjadi kaya raya senang dan mewah, rakyat yang menjadi ‘majikan’ susah dan menderita.
Katanya, kerajaan sepatutnya mengutamakan dan menyediakan kemudahan untuk rakyat khususnya golongan yang tidak mampu atau miskin bukan meletakkan keutamaan keatas mana yang lebih memberi faedah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan.
“Kerajaan ambil cukai, kerajaan ambil hasil, tapi tidak sampai (semuanya) kepada rakyat, (ada) masuk dalam kocek pemimpin-pemimpin,
“Sebab itu kes jambatan sini (Chukai) tidak selesai, kes hospital Dungun, berapa kali bawa naik dah, berapa kali pacak (cerucuk) dah, sampai ‘lebuk’ tanah pacak, hospital tak naik-naik (dibina),”jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.
Beliau mendedahkan, penyelewengan dalam agihan bantuan banjir berlaku di kawasanya (Sura) baru-baru ini.
“Saya terkejut bila tengok orang memindah banjir, saya kata mana ada banjir dalam DUN Sura ni, apabila saya suruh orang menyiasat, memang ada sungguh orang yang dipindahkan disekolah,
“Katanya dari Kampung Nibung, sedangkan kawasan Kampung Nibung tidak berlaku banjir, bila ditanya lanjut, mereka adalah peserta PPRT di Kampung Nibung,”jelasnya
Beliau berkata rumah-rumah PPRT tersebut tidak berlaku air banjir naik, namun mereka disuruh pindah oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk membuat tuntutan peruntukan palsu bagi bantuan mangsa-mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan