SM Noor
Kemaman – Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj Hanafiah Ramly @ Mat berkata apabila ADUN Kijal disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut.
“Selepas dua hari naik nama ADUN dari Kijal untuk menjadi Menteri Besar (Terengganu), tiba-tiba TV3 (suku) menyiarkan ada seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan rasuah,
“(kes) yang pertama Mercu Tanda Kemaman, yang duduk (terletak) di hadapan Balai Bomba, yang harganya RM 3.99 juta, yang sampai hari ini sekejap boleh pakai (guna), sekejap tak boleh pakai,”katanya yang berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa d Kampung Dusun Nyior, Chukai, dekat sini, semalam.
Menurut beliau, dua lagi kes sebagaimana didakwa oleh stesyen TV tersebut adalah pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.
Malangnya, kata beliau, setelah ADUN tersebut dilantik sebagai Menteri Besar, TV tersebut tidak lagi mengeluarkan berita itu dan pihak SPRM (dulu BPR) turut senyap, tidak mengambil apa-apa tindakan.
Beliau turut menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pembinaan jambatan Bukit Kuang ke Kampung Bakau Tinggi yang telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia ke 8. (RMK8)
“Setiap hari dianggarkan 5,000 orang yang menggunakan jambatan itu untuk pergi dan balik dari tempat kerja, hari ini sudah masuk sembilan tahun (sejak ia diputuskan) belum lagi dibina jambatan tersebut,
“(pada waktu pagi) jalan tersebut jam sehingga jam 8.30 pagi, pada waktu pagibila jam 5 petang, jalan itu akan jam (sesak) sehingga jam 8 malam,”katanya yang menambah jambatan tersebut diluluskan ketika beliau menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, semasa PAS memerintah kerajaan Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan