Rabu, 18 Februari 2009

Pembangunan tidak seimbang: Bung Mokhtar selar kerajaan BN

Shuhaimi Taib


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalanr aya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.

Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.

"Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat. Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.

"Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku," jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengah hari tadi.

Sebelum itu Ahli Parlimen (KeADILan) Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen (BN) Labuan Dato' Yussof Mahal bangun mempertikaikan tentang janji ramai menteri yang mendakwa akan melaksanakan projek berbilion ringgit di kedua-dua negeri berkenaan tetapi sehingga hari ini ia belum dilaksanakan.

Bung Mokhtar berkata, persoalan sedemikan boleh membawa pukulan maut kepada beliau untuk menjawabnya sambil menegaskan sehingga hari ini memang tidak dilaksanakan.Beliau menyalahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Dakwanya, perancangan untuk pembangunan kerajaan BN di kedua-dua negeri tersebut memang ada tetapi pegawai-pegawai kerajaan menyorokannya dalam laci meja mereka tanpa mengambil tindakan sewajarnya.

"Kementerian berkenaan tidur, pegawai tidak menjalankan tangungjawabnya. Saya berharap mereka tidak tidur dan kita akan bagi mereka tidak tidur selepas ini." tegasnya. - azm _

Tiada ulasan: