Selasa, 17 Februari 2009

Elizabeth Sah letak jawatan ADUN, Exco - Satu Lagi Pilihanraya Kecil

Buletin Online


Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau. Ia diumumkan pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Tropicana Damansara dekat sini, pukul 11 pagi tadi

"Saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor dan begitu juga sebagai anggota dewan undangan negeri bagi Bukit Lanjan," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu

Beliau berkata keputusannya meletak kedua-dua jawatan itu selepas ambil kira kepentingan parti dan perjuangan terhadap rakyat..

Wong berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengatur urusan penyerahan tanggungjawabnya mengikut cara yang sepatutnya.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar bagi mengatur penyerahan tanggungjawab mengikut apa sepatutnya," katanya sebagaimana dipetik Agensi Bernama.

Wong, 37, masih bujang, adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar

Dengan itu satu lagi pilihanraya kecil dijangka akan dilangsungkan dalam masa 60 hari.

Sehingga kini, dua pilihanraya kecil bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau telah diputuskan akan diadakan pada 7 April akan datang.

DUN Bukt di menangi oleh Elizabeth Wong dalam pilihanraya umum ke 13, pada 3 Mac tahun lalu dengan mengalahkan Datin Paduka Yong Dai Ying (BN-Gerakan) dengan majoriti 5,155 undi

Elizabeth meraih 12,125 berbanding lawannya yang mendapat 6,970 undi.

Tiada ulasan: