Selasa, 17 Februari 2009

Rapat Anak Muda’, Persiapan AMK Mengekalkan Kemenangan Pakatan Rakyat di Dua Bukit.

SM Noor


Kuala Terengganu - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia sedang mengadakan ‘tour’ Program Rapat Anak Muda (Rapat) yang di laksanakan di seluruh negara.


Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Amin berkata, program Rapat di adakan bagi memastikan idea dan pengisian ucapan dasar Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diadakan di Shah Alam, pada November tahun lalu, di perturunkan ke bawah.

“Beberapa isu yang berkaitan politik masakini termasuk juga soal-soal cabaran ekonomi dan memperkasakan AMK,

“Dalam usaha menjadikan AMK sebagai wadah politik (menjadi) tarikan untuk gnerasi muda di Malaysia,”katanya kepada media selepas menutup program Rapat Terengganu, disini, semalam.

Beliau berkata, medan Rapat juga menjadi forum AMK menyampaikan informasi terkini hal-hal berkaitan kemelut politik negeri Perak.

Katanya Rapat juga menjadi medium menyampaikan mesej yang jelas supaya AMK seluruh negara bersiap siaga menghadapi dua Pilihanraya Kecil (PRK), Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di negeri Kedah.

“Pastinya kita memandang sinis sikap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang seolah-olah menjadi alat dan perkakas kepada UMNO dan Barisan Nasional,”katanya menyelar pendirian ‘berpihak’ SPR yang menetapkan tarikh PRK selepas Perhimpunan Agog UMNO.

Katanya SPR sepatutnya menjadi suatu badan bebas yang tidak berpihak ataupun kelihatan cenderung kepada mana-mana parti politik.

“Kenapa mereka boleh menyegerakan PRK Kuala Terengganu tetapi dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau mereka melewat-lewatkan,

“Alasan SPR tidak boleh diterima sama sekali,”jelas beliau.

Dalam membuat persediaan PRK Bukit Selambau, beliau berkata, taklimat telah diberikan kepada AMK negeri Kedah pada Rabu minggu lalu.

“Saya akan ke negeri Perak minggu depan untuk bertemu dengan pimpinan AMK Perak bagi merangka gerak kerja pilihanraya,

“Umumnya, kita telah bersedia untuk menghadapi kedua-dua pilihanraya tersebut secara serentak,”ujar beliau.

Katanya, strategi dan pendekatan menghadapi dua PRK akan datang agak berbeza dengan PRK Kuala Terengganu kerana Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah kawasan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat sedangkan PRK Kuala Terengganu dimenangi oleh BN pada Pilihanraya Umum yang lalu.

“Di kedua-dua kawasan (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) kiita harus meyakini para pengundi supaya terus mengundi Pakatan Rakyat,”katanya.

Oleh itu, katanya AMK akan memberikan tumpuan meningkatkan sasaran sokongan pengundi muda sebanyak 5% hingga 10% menjadikan keseluruhan 80% bagi memastikan kemenangan kekal kepada Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: