Isnin, 12 Januari 2009

Bendahari MIC Ipoh Barat mati ditetak perompak

BERNAMA


IPOH: Bendahari MIC Ipoh Barat di temui mati dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Wayang, Buntung di sini awal pagi ini.

Mayat N.Sitamparam, 64, ditemui dalam sebuah bilik di rumah berkenaan oleh anggota polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu daripada jiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu, Sitamparam dan isterinya yang berusia 60 tahun diserang oleh beberapa lelaki yang bersenjatakan parang.

Sitamparam mati akibat cedera parah di kepala, tangan dan badan, manakala isterinya yang diikat keduadua tangan tidak dicederakan, katanya.

Mayat Sitamparam dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Azisman berkata, siasatan awal polis mendapati kereta Proton Waja, telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan barang kemas hilang dipercayai dilarikan kumpulan perompak itu.

Polis percaya mangsa di serang oleh antara tiga dan lima orang, katanya.

Tiada ulasan: