Khamis, 22 Januari 2009

Polis akan rakam kenyataan dua timbalan menteri

MALAYSIA KINI


Polis akan mengambil kenyataan dua timbalan menteri berhubung insiden semalam di mana kira-kira 50 menyerbu bilik mayat Hospital Serdang yang menyimpan mayat pemuda berusia 22 tahun, yang mati dalam tahanan polis.

Difahamkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tu Murugiah dan SK Devamany turut berada di situ.

Menurut the Star, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bedah siasat ke atas mayat Kugan Ananthan menunjukkan dia meninggal dunia kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.

Kugan pengsan dan meninggal dunia di balai polis Taipan di USJ, Subang Jaya Selasa lalu. Dia ditahan pada 15 Januari berhubung beberapa kes curi kereta.

Laporan perubatan kedua

Sementara itu, Penasihat Pemuda MIC, S Vell Paari berkata, pergerakan itu akan berusaha sedaya upaya untuk membantau keluarga Kugan.

Vell Paari juga berkata, beliau telah memaklumkan kepada ketua pergerakan itu, T Mohan supaya mendapat laporan perubatan kedua mengenai punca kematian Kugan.

"Kita tidak boleh hanya bergantung kepada laporan bedah siasat hospital," katanya kepada malaysiakini.

Menurutnya, laporan perubatan kedua itu akan dapat membantu mengenal pasti punca sebenar kematian Kugan.

Ketika dihubungi, Murugiah berkata, anggota keluarga Kugan sudah pun masuk ke dalam bilik mayat ketika beliau tiba di situ.

"Saya mendapat panggilan dari anggota keluarga mangsa hampir jam 11 malam dan saya terus bergegas ke hospital... apabila sampai di sana, anggota keluarga mangsa sudahpun menyerbu masuk ke dalam bilik mayat," katanya.

"Sebab saya ke sana adalah untuk menenangkan keadaan apabila keadaan menjadi kecoh selepas melihat mereka kecederaan pada badan (Kugan)," katanya.

Tiada ulasan: