Rabu, 29 Julai 2020

Najib lafaz sumpah laknat

azrulhakimie


'Wallahi Wabilahi Watallahi bahawa saya tidak menuntut RM42 juta'

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melafazkan sumpah laknat dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.

Dalam ucapannya, Najib antara lain menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai wang milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta itu.

"Sebagai seorang muslim, walaupun saya sudah katakan, izinkan saya mengucapkannya lagi. Wallahi Wabilahi Watallahi … bahawa saya tidak menuntut RM42 juta, saya tidak merancang RM42 juta itu dan RM42 juta tidak ditawarkan kepada saya dan belum ada bukti mengatakan demikian. Hanya itu yang saya mahu katakan,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Tambah Najib, sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama hampir 10 tahun, pelbagai perubahan dari infrastruktur sehinggalah kepada pendapatan golongan nelayan.

“Sejak saya memegang jawatan sebagai PM selama sembilan tahun, saya berjaya membawa peningkatan ekonomi negara kepada 5.9 peratus pada 2019. Kita juga melihat pasaran stok meningkat kepada 1900 point tertinggi dalam sejarah Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).

“Pada pemerintahan saya, pelbagai infrastruktur mega dibina termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan awam. Saya juga memastikan golongan sederhana, nelayan, penjawat awam ditingkatkan pendapatan mereka dengan program berskala besar,” ujar veteran politik itu.

Tiada ulasan: