Ahad, 23 Februari 2020

Secara terbuka guna trumpet dakwa keluarkan bunyi dari syurga di dalam hati

siti hafidah

 

Secara terbuka guna trumpet dakwa keluarkan bunyi dari syurga di dalam hati


BANGI – Pendakwah bebas, Firdaus Wong sekali lagi mendedahkan aktiviti dakyah agama Kristian secara terbuka di negara ini.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini, beliau yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) memuat naik sebuah video – memaparkan seorang lelaki berbaju hitam dengan memakai vest merah menyebarkan dakyah Kristian di Pulau Pinang.

Video Player

00:00
01:48

“Dia mati untuk menebus dosa kamu. Jadi kamu boleh merasai bapa tuhan di syurga dan dia mahu kamu mengetahui cinta ini. Trumpet ini mengeluarkan bunyi dari syurga di dalam hati kamu.

“Jesus mencintai kamu. Dia mencinta Malaysia. Dia mahu kamu datang ke pelukannya jadi dia boleh memegang seperti anak kecil dan mencintai kamu dan mengajar kamu untuk mencintai satu sama lain dan mencintai jiran kamu,” kata lelaki berkenaan sebelum memanggil beberapa individu untuk meniup trumpet dibawanya.

Sebelum ini, Firdaus mendedahkan wujudnya gerakan Kristianisasi Korea di Malaysia, membabitkan pelajar-pelajar muslim di Cameron Highlands.

Bahkan, Presiden MRM itu juga turut membongkarkan kewujudan pasangan misionari atau anggota agama dari Amerika Syarikat (AS) dan Singapura menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam di Malaysia.

Mengulas berkenaan video itu, Firdaus berkata, usaha dakyah sentiasa berlaku di negara ini dari semasa ke semasa dan ia bukan perkara baru.

“Sebagai seorang muslim, kita perlu fahami bahawa mereka ini adalah golongan yang disebut di dalam al-Quran yang mana mereka memiliki misi dan agenda mereka tersendiri.

“Malah, al-Quran juga mendidik kita sebagai muslim untuk menggalas misi dakwah dan agenda kita untuk tegakkan kebenaran. Ayuh pertingkat usaha dakwah kita!” kata beliau dalam satu kenyataan.


Tiada ulasan: