Tok Badh hormat keputusan Presiden PAS, berhak berikan pandangan
BANGI– Berjasa menghormati pandangan PAS yang mahu mengkaji semula hubungan
kerjasama antara keduanya dalam Gagasan Sejahtera, selepas parti itu
mengambil keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Tanjung Piai.
Presidennya, Prof Datuk Dr Badhrulhisham
Abdul Aziz berkata, keputusan yang dibuat adalah hak dan pandangan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya tegaskan bahawa Berjasa menghormati
PAS dan UMNO sebagai pejuang Melayu dan Islam, dan kita berkongsi
aspirasi yang sama iaitu untuk mengembalikan dominasi kepimpinan
Melayu-muslim di negara ini.
“Beliau (Abdul Hadi) mempunyai pandangan
sendiri dan kami akan terus kekal dalam Gagasan Sejahtera. Kami tidak
berkecil hati apabila beliau kata mahu kaji status kami dalam gabungan
itu,” katanya yang juga calon Berjasa di Tanjung Piai.
Menghormati kenyataan Abdul Hadi, Prof
Badhrulhisham atau lebih mesra panggilan Tok Badh menyatakan keyakinan
bahawa Berjasa dapat memperkuatkan lagi gabungan Gagasan Sejahtera
selepas PRK Tanjung Piai 16 November nanti.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang memberitahu akan mengkaji semula hubungan dengan Berjasa
dalam Gagasan Sejahtera, selepas Berjasa bertanding dalam PRK Tanjung
Piai.
Gagasan Sejahtera adalah gabungan politik
yang diwujudkan pada 2016, dianggotai PAS, Berjasa dan parti Ikatan
Bangsa Malaysia (Ikatan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan